![]() |
|
| Sebelum membeli kain lace/sifon tentukan saiz badan. Perhatikan border lace samada saiz border atas dan bawah sama atau tidak. tentukan bidang kain yang sesuai .. 40", 60" . Tanya tailor anda berapa meter yang perlu dibeli untuk saiz dan design pilihan anda. |
| Abby - Designer - Bangsar |
| Jangan pakai inai (lukis) terlalu awal kerana warnanya cepat pudar dan hilang. Titiskan sedikit minyak (baby oil) supaya inai tahan lama. Dua minggu sebelum majlis cuba dulu jenis inai pada tangan agar warnanya tidak terlalu hitam atau nampak kotor. |
| Mishar - Mekap Artis - Puchong |
| Pakai contact lens lebih awal sebelum jurusolek anda datang. Jika anda tidak penah mencuba sebelum ini. Biasakan mata anda dengan contact lens selewatnya 3 hari sebelum majlis. |
| Ija - Mekap Artis - Selayang |
| Beri kerjasama sepenuhnya pada jurusolek anda sewaktu bersolek. Jangan menjawab panggilan telefon, duduk dengan diam dan pastikan anda tidak diganggu. Ini penting jika anda mahukan solekan yang terbaik di hari yang baik anda. Anda mesti ingat tidak semua jurusolek mampu bersabar. |
| Ija - Mekap Artis - Selayang |
| Kawal majlis anda, caranya kawal perasaan anda. Jangan mudah tersinggung dengan kata-kata yang tidak enak didengar dihari perkahwinan anda. Tetapkan hati bahawa, walau apa orang kata anda tidak ambil peduli. |
| zai - Mekap Artis - Ampang |
| Kami amat mengalukan sebarang tips baru dari anda, apa sahaja tips berguna untuk kita kongsikan, sila emailkan ke zai@aqiza.com. Jangan lupa perkenalkan diri anda, profesion anda, juga contact no. anda jika mahu dihubungi. |
| cukup setakat ini...kami akan memberikan banyak lagi tips berguna untuk bakal pengantin....selamat pengantin baru. |